#UmmiAiSyah Paling Rare~

#UmmiAiSyah Paling Rare~

Sunday, 8 February 2015

Kerepek VS Merepek

Hai awak. :)
RINDU~

       Eh? Lama tak update blog sebab tersangat-sangatlah malas tahap tak boleh nak explain. haa. Malas sangat tu sebenarnya. Jarang online *(kononnya). Tak boleh nak merepek sangat sekarang sebab ada yang memerhati. SIAPAKAH? Cuba jangan sibuk boleh tak? Maaf sini bukan tempat nak bergosip buka kedai kopi bagai ye. Maaflah ye sayang-sayang aku.

       Dalam kita berkawan, bersahabat, berteman mesti ada suka duka sedih gembira yang dikongsi bersama. Tapi paling yang aku suka ialah merepek bersama bestfriends. haa. Bukan merepek je. Study, hangout, jalan, shopping, makan paling win. haa. Yelah tu jangan percaya sangat merepekkan. 

       Paling yang aku tak faham bila orang sibuk-sibuk nak tahu cerita aku yang terang-terang nampak. Memang tempah maut sebenarnya. Biasalah orang famous ni kan semua orang nak ambil tahu *(perasan ni). Kebanyakannya memang aku malas nak ambil tahu hal mereka ni. Tapi mereka ni sibuk nak ambil tahu hal aku. Arghhh. Stress aku dibuatnya. 

       Aku ada cara simple kalau kalian nak tahu pasal aku. Caranya adalah buat date dengan aku. Kalau malu, PM je. Tanya aku free bila? nak jumpa kat mana? pukul berapa? Kan senang dari kalian mengata mengumpat belakang aku tapi aku dengar je kata-kata berbisa kalian tu. Aku boleh cerita dari A sampai Z lah. Dari 1 sampai INFINITY babe. Daripada kalian buat andaian yang entah apa-apa tu baik kalian kurangkan dosa tanya aku face to face

       Takut? Tapi mengumpat dapat dosa tak takut pula? Tak faham aku. haa. Aku ni makan nasi, western food and so on. So, kalau nak date tu belanja makan deyh. Paling pun aku nak date kat restoran favorite aku The Leaf. hee. So, simpan duit ah kalau nak tahu sangat.

Ukay done lepas geramlah sangat. Kadang ketenangan aku jangan dicabar. Kemarahan aku jangan diusik kelak kalian yang malu. 

Tuesday, 8 April 2014

12 MAC 2014 EVEN 13 MAC 2014 SEBENARNYA. =)

Kek birthday AIMI SYAHIRAH RASHID.
Kek AISKIRIM.
SANAH HELWAH 20 DORAEMON. =')))

     Ceritanya bermula begini, selepas kelas habis hari Rabu bersamaan 12 MAC 2014, Abam Amirul Shah ajak teman keluar dengan Abang Solah dari UMK, Kampus Jeli. Aku on je sebab nak makan sebenarnya. Dalam perjalanan Abang Solah memandu kereta Viva PJC 51-- *(tak ingat no plat sebenarnya) menghala ke Pantai Batu Rakit. Sehingga sampailah kat kedai 'Mak Cik' Amirul Shah depan kilang kayu, tetapi Amirul Shah merajuk *(da kenapa pula mamat ni?). Aku buat tak tahu sahaja.

Abang Mohd Solahuddin dan Abam Amirul Shah kacak.

      Air Batu Campur 'Mak Cik' Amirul Shah sedap+murah (RM1.50) *(ada aiskrim lagi kau). Aku order satu, kempunan kot *(nak ABC Kampung Melayu Majidee). Sempat makan aiskrim sahaja, ABC aku tak sentuh pun sebab Amirul Shah ajak pergi main kat pantai *(Gambar di atas menunjukkan aku camerawoman berjaya). Aku malas nak main air even Amirul Shah ajak sebab tak bawa stokin lebih. Maaflah ye. :-D.

      Banyak je gambar Amirul Shah dan Abang Solah aku ambil. Depa nak gambar lompatlah, terlentanglah, tergoleklah, aku ikutkan sahaja *(dalam handphone aku adalah dalam 20++ gambar mereka masa ni). Kalau ikutkan aku nak upload sahaja gambar mereka posing yang pelik-pelik tapi masih ada iman ni.

       TIBA-TIBA.....................................................................................................................................
*(jeng jeng. suspen tak)


Muka selepas ditenyeh tepung oleh Natra.
Aimi dan NATRA NOORIZATI BINTI HAM.
*(gambar diambil oleh MARDHIAHTHI BINTI BAHARUDIN)

     Sedang aku ambil gambar Amirul Shah dan Abang Solah posing. Tiba-tiba, mukaku ditenyeh tepung gandum. Ukay fine, aku toleh belakang nampak Natra dan Mardhiahthi. Acara Tarik beg berlangsung. Aku tarik beg Natra pegang yang ada tepung gandum tu *(beg pink Natra pegang dalam gambar di atas. muka setelah ditenyeh. comel aku). Aku hanya dapat beg plastik tepung sahaja. Aku berpaling ke belakang aku lihat ada Muhammad Syukri dan Saiful Azhar di atas bukit tolong gelakkan aku *(terima kasih). Acara membalas serang bermula. Kejar Amirul Shah nak baling juga tepung kat dia. Natra kena juga tapi sikit sahaja. Sorry Syukri Jamili for that tepung kat Tab kau. 

Acara Memotong Kek.
Muka aku penuh tepung. 

     Kek dipotong, ukay kek Aiskrim. Terkejut kau. Even birthday aku esoknya 13 MAC 2014, mereka sambut awal sebab hari Khamis aku tak ada di UniSZA kena pergi program di Port Dickson anjuran Raudhatus Sakinah Master Training And Consultancy, Program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). 

Antara yang aku SAYANG GILA.
Saiful Azhar, Syukri Jamili, Amirul Shah, Natra Noorizati,
Mardhiahthi, Abang Mohd Solahuddin *(tiada dalam gambar)

     Sebenarnya SPEECHLESS sangat sampai tak tahu nak cakap apa masa ini. Natra tanya apa perasaan Aimi? "SPEECHLESS". Aimi sangat hargai apa yang kamu sudah buat untuk Aimi. Bak kata Abam Amirul Shah "TAK BAIK BERDENDAM" *(nak tenyeh tepung kat muka dia juga sebenarnya).

      Banyak plan tak jadi masa ni sebenarnya. So mereka follow sahaja apa yang berlaku masa ni. Itulah yang menyebabkan Amirul Shah nak merajuk bagai. 

SAYANG SEMUA. :-*


     Kepada sesiapa yang wish birthday Aimi dekat Timeline Facebook, Wechat, Whatsapp, Sms, Twitter, call dan paling haru biru Abang Mohamad Kamis dari UTM, Skudai call malam birthday nyanyikan aku lagu Happy Birthday. Thanks you all. Aimi hargainya.

TERIMA KASIH SAHABAT AIMI SEKALIAN.
SAYANG KAMU SEMUA SANGAT. (Natra Noorizati <Bunga April>, Mardhiahthi, Amirul Shah, Saiful Azhar, Syukri Jamili, Abang Mohd Solahuddin)

SEMOGA UKHWAH YANG TERJALIN  KEKAL SAMPAI BILA-BILA.
INSYAALLAH.

Jari menari di atas keyboard kerana nak menaip coretan ini. =))). 

Yang menyayangi kamu semua, 
AIMI SYAHIRAH BINTI RASHID. <3

سبحان االله والحمد لله ولا إله إلا االه والله أكبر 
اللهم صلى على سيدنا محمد
     

Thursday, 21 November 2013

Date yang KOYA .

Hai semua . Hari ini aku nak cerita pasal date yang koya . Aku tahu pasal overall date ni buat aku ketawa golek-golek jatuh katil . *(ini over ni) .

KOYA ?? Apakah ? Koya ikut member aku si safri a.k.a yun macam sengal . Ini bahasa kedah kot . Aku pun malas nak cari dekat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka . So, terima ja lah . *(keluaq bahasa kedoh ceq) .

Adalah seorang lelaki ni *(member aku) ajaklah seorang perempuan *(member aku) pergi makan kat cafe . Lelaki ni nak belanja makanlah kan . Tapi memang kelakarlah cerita depa dua ni .

Masa kat cafe terjadilah perbualan antara mereka melalui SMS *(baca di bawah) :-

Lelaki : nak makan sini ke bungkus?
Perempuan : bungkus jelah .
Lelaki : tapi aku da order makan .
Perempuan : macam tu makan sinila

So, makanan siap . Lalu lelaki tu ambil kat kaunter lalu hantar kat perempuan tu 1 pinggan nasi goreng . *(nama nasi goreng tak dikenalpasti)

Yang lawaknya si lelaki duduk meja lain tapi berdekatan dengan perempuan tu . Jadi mereka makanlah sambil berbual melalui SMS .

Lelaki : sorrylah lupa beli air
Perempuan : aku da tercekik ni makan
Lelaki : tercekik ?
Perempuan : yelah tak ada air makan  .

Actually perempuan tu da beli air sendiri tadi . Saja ja nak kacau lelaki tu . Tapi yang tak menahan tu si lelaki lupa nak beli air . Nampak sangat tak pernah keluar date . Haa .

Yang lelaki tu nak cepat sebenarnya ada perjumpaan koko . Itu yang dok kalut ja . Haa .

Date makan lain meja .
Date berbual lalu SMS padahal boleh ja cakap pakai mulut .
Date LUPA beli air .
Date kalut .
Date KOYA .

Kelakar aku ni ada sixth sense . So, tak payah dok selindung dengan aku . Semua aku tahu . Haa . =))) .

Wednesday, 6 November 2013

ENGLISH ? OMG ~

     


          Today? In a beautiful day maybe but not in beautiful feeling. Everyone have their on style, story, secret and something that we can not share with someone else. I am trying to be who i am actually. But something will happen and i know it. 

           Hye you, we have to face it eventhough we are not in good condition or situation. Sometimes, we will feel like our head or heart want to explode. Argghhh. And we will say. "I am tension now", "I want to scream" or maybe more teribble than this. 

            Everything will change when you give it chance. Oppss. Sometimes we do not give chance to ourself to be better than now. Consider dear. Maybe it take a lot of time. 

             Allah always be on our side but sometime we forgot about it. Where did we put  Allah in our life? Ask ourself about it. 

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. 


           

Saturday, 14 September 2013

Albert Bandura

Tokoh Teori Pembelajaran Sosial : Albert Bandura


Albert Bandura (1925 hingga kini)

Sejarah dan biografi
  • Dilahirkan pada 4 Disember 1925, di Mundare, Canada. Anak bongsu dan lelaki tunggal daripada 6 orang adik beradik.
  • Ayahnya berhijrah ke Canada ketika remaja daripada Poland dan ibunya berasal daripada Ukraine. Kemudian mereka membeli dan mengusahakan rumah ladang.
  • Walaupun kedua ibu bapanya tidak mempunyai latar belakang yang hebat dalam pendidikan, tetapi mereka amat mementingkan ilmu pengetahuan. Ayah beliau sendiri yang mengajar beliau tiga jenis bahasa, iaitu Polish, Rusia dan German.
  • Walaupun hidup susah beliau pernah berjaya menjadi ahli lembaga sekolah dalam kawasan petempatan beliau.
  • Pada zaman persekolahan, beliau terpaksa menggunakan inisiatif sendiri untuk belajar kerana masalah kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan.
  • Kemudian beliau meneruskan pengajian ke University of British Columbia di Vancouver. Beliau lebih berminat mengkaji bidang psikologi daripada bidang pengkhususan beliau iaitu, sains biologi.
  • Dalam masa tiga tahun (1949), beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia berserta dengan anugerah Bolocan dalam psikologi.
  • Pada tahun 1982, beliau menulis sebuah artikel bertajuk ‘The Psychology of Chance Encounters and Life Paths’.
  • Meneruskan pengajian di Univesity of Iowa dibawah bimbingan Arthur Benton. Beliau mendapat Ijazah Sarjana pada 1951 dan Doktor Falsafah pada tahun berikutnya. Kemudian beliau menjalankan kerjasama dengan Wichita Guidance Center.
  • Beliau berkahwin dengan Virginia yang merupakan pengurus diObstetrics Hospital pada 1952 dan dikurnakan 2 orang anak perempuan, Mary pada 1954 dan Carol pada 1958.
  • Beliau mula berkhidmat di Fakulti Psikologi di Universiti Standford pada 1953 dan menjadi Profesor Psikologi sepenuh masa pada tahun 2002 sehingga kini.
  • Beliau dipengaruhi oleh kajian Sears tentang behavioral sosial dan mula mengkaji tentang pengajian sosial. Beliau berkoloborasi dengan anak muridnya, Richard Walters mengemukakan proses modeling.
  • Konsep ini bercanggah dengan pendapat Freudian Hullian dan membuatkan beliau menghasilkan buku pertama beliau ‘Adolescent Aggression’ pada 1959 diikuti dengan, ‘Aggression: A Social Learning Analysis’ pada 1973.
  • Seterusnya, beliau meneruskan kajian tentang konsep modeling bersama Dorrie dan Sheila Ross. Kajian tentang patung Bobo mula mendapat perhatian dan disimpulkan dalam bukunya ‘Social Learning and Personality Development pada 1963.
  • Beliau dilantik menjadi ahli dalam Persatuan Psikologikal Amerika. Pada 1977 beliau dilantik mengetuai jabatan psikologi di Universiy Stanford dan buku kajian terperinci tentang teori pembelajaran sosial juga diterbitkan pada tahun yang sama.
  • Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai “Teori kognitif sosial” oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya; sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.
  • Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial adalah termasuk Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.

copy paste .

  •  Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois. Dikenali sebagai salah seorang daripad ahli psikologi yang paling berpengaruh di Amerika.
  •  Pada 1919, beliau mengikuti program agrikultur di university of Wisconsin, Madison. Pada 1924, beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah di universiti yang sama dan seterusnya berkahwin dengan Hellen Elliott
  • Kemudian beliau meyertai Union Theological Seminary di New York. Dalam tempoh itu beliau sempat menggembara ke Negara asia seperti Japan, Korea dan China.
  •  Banyak membuat sumbangan dalam bidang pendidikan, kaunseling, psikoterapi, keamanan dan penyelesaian konflik.
  • Pada tahun 1926, beliau meninggalkan New York dan bertugas sebagai pensyarah di Columbia University Teachers College. Pada tahun yang sama beliau dikurniakan putera lelaki, David Elliot Rogers.
  •  Beliau berjaya mendapat ijazah sarjana di Columbia university teachers College pada 1927. Kemudian beliau menyertai Rochester Society for the Prevention of Cruelty to Children (RSPCC) sebagai ahli psikologi kanak-kanak. Anak kedua beliau, Natalie Rogers dilahirkan pada tahun 1928.
  •  Beliau dinaikkan pangkat menjadi ahli lembaga RSPCC. Pada 1931, beliau mendapat ijazah kedoktoran daripada Columbia University Teachers College.
  • Kajian beliau tentang humanis dan psikologi berterusan sepanjang masa. Banyak buku yang Pelopor pendekatan humanis yang telah ditulis oleh beliau diterbitkan seperti ‘Measuring Personality Adjustment in Children’ dan ‘The Clinical Treatment of the Problem Child’.
  • Pada 1940, beeliau menjadi Profesor dan pensyarah sepenuh masa di Ohio State University. Beliau menekankan terapi berpusatkan klien. Pendapanya itu dinyatakan dalam buku beliau yang bertajuk ‘Counseling and Psychotherapy’.
  • Beliau berpindah ke university of Chicago pada 1945 dan memulakan pusat kaunseling. Beliau juga menyandang jawantan sebagai presiden American Psychological Association (APA).
  • Sepanjang itu, beliau menerima banyak anugerah daripada banyak pihak seperti University of Wisconsin.
  • Pada 1964, beliau berpindah ke La Jolla, California, bagi menyertai Western Behavioral Studies Institute (WBSI). Beliau bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan aktif menulis buku tentang hasil kajian beliau.
  • Pada 1979, isteri beliau, Helen Rogers meninggal dunia. Beliau meneruskan aktiviti dan kajian beliau. Pelbagai bengkel dianjurkan di seluruh Amerika.
  •  Pada 1987 beliau dianugerahkan hadiah nobel keamanan dan meninggal dunia pada 1987 di La Jolla, California. 



Analisis Pendekatan Humanis menggunakan Teknik SWOT


Strength
      Berdasarkan Carl Rogers (1969), beliau menyatakan setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar.
      Oleh itu, setiap murid mempunyai sifat inkuiri atau semangat ingin tahu yang tinggi.
      Murid bersikap lebih berdikari dalam proses pembelajaran dan pengajaran,. Terutamanya dalam mata pelajaran yang menarik bagi mereka. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman seharian yang bernilai.
      Setiap murid mempunyai fokus atau hala tuju bersandarkan minat masing-masing. Mereka akan berusaha mendalami perkara yang mereka minat itu hingga berjaya. Mereka bebas membuat pilihan dan keputusan berpusatkan diri sendiri.
      Pembelajaran atas usaha sendiri juga bersifat lebih kekal
Weakness
      Menurut Rogers, apabila murid mendapat ancaman luar yang tinggi, mereka sukar untuk belajar. Oleh itu, embelajaran menjadi lambat dan terganggu apabila mereka rasa terancam.
      Kandungan mata pelajaran atau ilmu yang tidak relevan dengan minat, menjadi tidak beerti atau signifikan kepada murid.
      Rogers juga menekankan pembelajaran kognitif tidak berguna adalah sia-sia. Ilmu akademik seperti matematik tambahan tidak dapat membantu murid dalam kehidupan seharian mereka.
Opportunity
      Guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan  sumber pembelajaran yang sesuai bagi menarik minat murid itu.
      Pelajar menggunakan inisiatif sendiri untuk mencari ilmu yang mereka minati. Mereka akan cuba menghayati dan memahami perkara yang mereka minati.
      Pelajar mempunyai kemahiran atau skil untuk kegunaan harian. Contohnya ilmu gunaan computer. Murid yang mahir dalam bidang computer mampu membaiki kerosakan komputernya sendiri.

Threat
      Pelajar mudah lupa pelajaran yang mereka tidak minat. Kandungan mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan minat peribadi mereka akan dipandang ringan dan mudah dillupakan. Ini akan mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka.
      Pelajar terdorong mengabaikan pelajaran kognitif tidak berguna. Jika mereka deberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan keputusan mereka akan mengabaikan pelajaran akademik yang susah dan rumit.
      Sebaliknya, pelajar hanya mementingkan pembelajaran eksperential. Ini juga akan mengancam guru yang mengajar.
      Pembelajaran pelajar mudah dipengaruhi emosi dan secara tidak langsung prestasi pembelajaran mereka juga tidak konsisten.







 Buku karangan Carl Rogers

Thursday, 4 April 2013

SAMBUTAN BIRTHDAY AKU ! :)

wifi kat tanjung piai !

makanan ! makan semua !


  Tanggal 30 Mac 2013 ! ayah dan mummy ajak makan di Tanjung Piai ! sebelum itu ambil
nadiah kat UTM ! nak ajak makan sekali !

  Rupa-rupanya nak sambut birthday aku ! alangkah bahagianya ! dalah kegemaran aku makan
seafood ! :)
 
  Ayah lupa nak beli kek kat bandar ! jadi kek aq bertukar aiskrim yang dibeli di situ ! tidak
mengapa ! asalkan dapat berkumpul bersama sudah cukup bahagia !

Zikir sikit SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR !
Selawat yok SHOLLU 'ALAN NABI ! SHOLLALLAHU 'ALAHI WASALAM ! :)