#UmmiAiSyah Paling Rare~

#UmmiAiSyah Paling Rare~

Thursday, 21 November 2013

Date yang KOYA .

Hai semua . Hari ini aku nak cerita pasal date yang koya . Aku tahu pasal overall date ni buat aku ketawa golek-golek jatuh katil . *(ini over ni) .

KOYA ?? Apakah ? Koya ikut member aku si safri a.k.a yun macam sengal . Ini bahasa kedah kot . Aku pun malas nak cari dekat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka . So, terima ja lah . *(keluaq bahasa kedoh ceq) .

Adalah seorang lelaki ni *(member aku) ajaklah seorang perempuan *(member aku) pergi makan kat cafe . Lelaki ni nak belanja makanlah kan . Tapi memang kelakarlah cerita depa dua ni .

Masa kat cafe terjadilah perbualan antara mereka melalui SMS *(baca di bawah) :-

Lelaki : nak makan sini ke bungkus?
Perempuan : bungkus jelah .
Lelaki : tapi aku da order makan .
Perempuan : macam tu makan sinila

So, makanan siap . Lalu lelaki tu ambil kat kaunter lalu hantar kat perempuan tu 1 pinggan nasi goreng . *(nama nasi goreng tak dikenalpasti)

Yang lawaknya si lelaki duduk meja lain tapi berdekatan dengan perempuan tu . Jadi mereka makanlah sambil berbual melalui SMS .

Lelaki : sorrylah lupa beli air
Perempuan : aku da tercekik ni makan
Lelaki : tercekik ?
Perempuan : yelah tak ada air makan  .

Actually perempuan tu da beli air sendiri tadi . Saja ja nak kacau lelaki tu . Tapi yang tak menahan tu si lelaki lupa nak beli air . Nampak sangat tak pernah keluar date . Haa .

Yang lelaki tu nak cepat sebenarnya ada perjumpaan koko . Itu yang dok kalut ja . Haa .

Date makan lain meja .
Date berbual lalu SMS padahal boleh ja cakap pakai mulut .
Date LUPA beli air .
Date kalut .
Date KOYA .

Kelakar aku ni ada sixth sense . So, tak payah dok selindung dengan aku . Semua aku tahu . Haa . =))) .

Wednesday, 6 November 2013

ENGLISH ? OMG ~

     


          Today? In a beautiful day maybe but not in beautiful feeling. Everyone have their on style, story, secret and something that we can not share with someone else. I am trying to be who i am actually. But something will happen and i know it. 

           Hye you, we have to face it eventhough we are not in good condition or situation. Sometimes, we will feel like our head or heart want to explode. Argghhh. And we will say. "I am tension now", "I want to scream" or maybe more teribble than this. 

            Everything will change when you give it chance. Oppss. Sometimes we do not give chance to ourself to be better than now. Consider dear. Maybe it take a lot of time. 

             Allah always be on our side but sometime we forgot about it. Where did we put  Allah in our life? Ask ourself about it. 

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. 


           

Saturday, 14 September 2013

Albert Bandura

Tokoh Teori Pembelajaran Sosial : Albert Bandura


Albert Bandura (1925 hingga kini)

Sejarah dan biografi
  • Dilahirkan pada 4 Disember 1925, di Mundare, Canada. Anak bongsu dan lelaki tunggal daripada 6 orang adik beradik.
  • Ayahnya berhijrah ke Canada ketika remaja daripada Poland dan ibunya berasal daripada Ukraine. Kemudian mereka membeli dan mengusahakan rumah ladang.
  • Walaupun kedua ibu bapanya tidak mempunyai latar belakang yang hebat dalam pendidikan, tetapi mereka amat mementingkan ilmu pengetahuan. Ayah beliau sendiri yang mengajar beliau tiga jenis bahasa, iaitu Polish, Rusia dan German.
  • Walaupun hidup susah beliau pernah berjaya menjadi ahli lembaga sekolah dalam kawasan petempatan beliau.
  • Pada zaman persekolahan, beliau terpaksa menggunakan inisiatif sendiri untuk belajar kerana masalah kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan.
  • Kemudian beliau meneruskan pengajian ke University of British Columbia di Vancouver. Beliau lebih berminat mengkaji bidang psikologi daripada bidang pengkhususan beliau iaitu, sains biologi.
  • Dalam masa tiga tahun (1949), beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia berserta dengan anugerah Bolocan dalam psikologi.
  • Pada tahun 1982, beliau menulis sebuah artikel bertajuk ‘The Psychology of Chance Encounters and Life Paths’.
  • Meneruskan pengajian di Univesity of Iowa dibawah bimbingan Arthur Benton. Beliau mendapat Ijazah Sarjana pada 1951 dan Doktor Falsafah pada tahun berikutnya. Kemudian beliau menjalankan kerjasama dengan Wichita Guidance Center.
  • Beliau berkahwin dengan Virginia yang merupakan pengurus diObstetrics Hospital pada 1952 dan dikurnakan 2 orang anak perempuan, Mary pada 1954 dan Carol pada 1958.
  • Beliau mula berkhidmat di Fakulti Psikologi di Universiti Standford pada 1953 dan menjadi Profesor Psikologi sepenuh masa pada tahun 2002 sehingga kini.
  • Beliau dipengaruhi oleh kajian Sears tentang behavioral sosial dan mula mengkaji tentang pengajian sosial. Beliau berkoloborasi dengan anak muridnya, Richard Walters mengemukakan proses modeling.
  • Konsep ini bercanggah dengan pendapat Freudian Hullian dan membuatkan beliau menghasilkan buku pertama beliau ‘Adolescent Aggression’ pada 1959 diikuti dengan, ‘Aggression: A Social Learning Analysis’ pada 1973.
  • Seterusnya, beliau meneruskan kajian tentang konsep modeling bersama Dorrie dan Sheila Ross. Kajian tentang patung Bobo mula mendapat perhatian dan disimpulkan dalam bukunya ‘Social Learning and Personality Development pada 1963.
  • Beliau dilantik menjadi ahli dalam Persatuan Psikologikal Amerika. Pada 1977 beliau dilantik mengetuai jabatan psikologi di Universiy Stanford dan buku kajian terperinci tentang teori pembelajaran sosial juga diterbitkan pada tahun yang sama.
  • Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai “Teori kognitif sosial” oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya; sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.
  • Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial adalah termasuk Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.

copy paste .

  •  Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois. Dikenali sebagai salah seorang daripad ahli psikologi yang paling berpengaruh di Amerika.
  •  Pada 1919, beliau mengikuti program agrikultur di university of Wisconsin, Madison. Pada 1924, beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah di universiti yang sama dan seterusnya berkahwin dengan Hellen Elliott
  • Kemudian beliau meyertai Union Theological Seminary di New York. Dalam tempoh itu beliau sempat menggembara ke Negara asia seperti Japan, Korea dan China.
  •  Banyak membuat sumbangan dalam bidang pendidikan, kaunseling, psikoterapi, keamanan dan penyelesaian konflik.
  • Pada tahun 1926, beliau meninggalkan New York dan bertugas sebagai pensyarah di Columbia University Teachers College. Pada tahun yang sama beliau dikurniakan putera lelaki, David Elliot Rogers.
  •  Beliau berjaya mendapat ijazah sarjana di Columbia university teachers College pada 1927. Kemudian beliau menyertai Rochester Society for the Prevention of Cruelty to Children (RSPCC) sebagai ahli psikologi kanak-kanak. Anak kedua beliau, Natalie Rogers dilahirkan pada tahun 1928.
  •  Beliau dinaikkan pangkat menjadi ahli lembaga RSPCC. Pada 1931, beliau mendapat ijazah kedoktoran daripada Columbia University Teachers College.
  • Kajian beliau tentang humanis dan psikologi berterusan sepanjang masa. Banyak buku yang Pelopor pendekatan humanis yang telah ditulis oleh beliau diterbitkan seperti ‘Measuring Personality Adjustment in Children’ dan ‘The Clinical Treatment of the Problem Child’.
  • Pada 1940, beeliau menjadi Profesor dan pensyarah sepenuh masa di Ohio State University. Beliau menekankan terapi berpusatkan klien. Pendapanya itu dinyatakan dalam buku beliau yang bertajuk ‘Counseling and Psychotherapy’.
  • Beliau berpindah ke university of Chicago pada 1945 dan memulakan pusat kaunseling. Beliau juga menyandang jawantan sebagai presiden American Psychological Association (APA).
  • Sepanjang itu, beliau menerima banyak anugerah daripada banyak pihak seperti University of Wisconsin.
  • Pada 1964, beliau berpindah ke La Jolla, California, bagi menyertai Western Behavioral Studies Institute (WBSI). Beliau bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan aktif menulis buku tentang hasil kajian beliau.
  • Pada 1979, isteri beliau, Helen Rogers meninggal dunia. Beliau meneruskan aktiviti dan kajian beliau. Pelbagai bengkel dianjurkan di seluruh Amerika.
  •  Pada 1987 beliau dianugerahkan hadiah nobel keamanan dan meninggal dunia pada 1987 di La Jolla, California. 



Analisis Pendekatan Humanis menggunakan Teknik SWOT


Strength
      Berdasarkan Carl Rogers (1969), beliau menyatakan setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar.
      Oleh itu, setiap murid mempunyai sifat inkuiri atau semangat ingin tahu yang tinggi.
      Murid bersikap lebih berdikari dalam proses pembelajaran dan pengajaran,. Terutamanya dalam mata pelajaran yang menarik bagi mereka. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman seharian yang bernilai.
      Setiap murid mempunyai fokus atau hala tuju bersandarkan minat masing-masing. Mereka akan berusaha mendalami perkara yang mereka minat itu hingga berjaya. Mereka bebas membuat pilihan dan keputusan berpusatkan diri sendiri.
      Pembelajaran atas usaha sendiri juga bersifat lebih kekal
Weakness
      Menurut Rogers, apabila murid mendapat ancaman luar yang tinggi, mereka sukar untuk belajar. Oleh itu, embelajaran menjadi lambat dan terganggu apabila mereka rasa terancam.
      Kandungan mata pelajaran atau ilmu yang tidak relevan dengan minat, menjadi tidak beerti atau signifikan kepada murid.
      Rogers juga menekankan pembelajaran kognitif tidak berguna adalah sia-sia. Ilmu akademik seperti matematik tambahan tidak dapat membantu murid dalam kehidupan seharian mereka.
Opportunity
      Guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan  sumber pembelajaran yang sesuai bagi menarik minat murid itu.
      Pelajar menggunakan inisiatif sendiri untuk mencari ilmu yang mereka minati. Mereka akan cuba menghayati dan memahami perkara yang mereka minati.
      Pelajar mempunyai kemahiran atau skil untuk kegunaan harian. Contohnya ilmu gunaan computer. Murid yang mahir dalam bidang computer mampu membaiki kerosakan komputernya sendiri.

Threat
      Pelajar mudah lupa pelajaran yang mereka tidak minat. Kandungan mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan minat peribadi mereka akan dipandang ringan dan mudah dillupakan. Ini akan mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka.
      Pelajar terdorong mengabaikan pelajaran kognitif tidak berguna. Jika mereka deberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan keputusan mereka akan mengabaikan pelajaran akademik yang susah dan rumit.
      Sebaliknya, pelajar hanya mementingkan pembelajaran eksperential. Ini juga akan mengancam guru yang mengajar.
      Pembelajaran pelajar mudah dipengaruhi emosi dan secara tidak langsung prestasi pembelajaran mereka juga tidak konsisten.







 Buku karangan Carl Rogers

Thursday, 4 April 2013

SAMBUTAN BIRTHDAY AKU ! :)

wifi kat tanjung piai !

makanan ! makan semua !


  Tanggal 30 Mac 2013 ! ayah dan mummy ajak makan di Tanjung Piai ! sebelum itu ambil
nadiah kat UTM ! nak ajak makan sekali !

  Rupa-rupanya nak sambut birthday aku ! alangkah bahagianya ! dalah kegemaran aku makan
seafood ! :)
 
  Ayah lupa nak beli kek kat bandar ! jadi kek aq bertukar aiskrim yang dibeli di situ ! tidak
mengapa ! asalkan dapat berkumpul bersama sudah cukup bahagia !

Zikir sikit SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR !
Selawat yok SHOLLU 'ALAN NABI ! SHOLLALLAHU 'ALAHI WASALAM ! :)

KURSUS ASAS PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU-GURU KAFA 2013 !


ambil gambar curi-curi !

chewing gum ! mengunyah kami !

ustaz ariff buat pembentangan !

ustaz akmal menulis kertas kerja !

kerinduan sama MAAHAD JOHOR !

kerinduan sama SMAKJ !

kumpulan micro teaching !

kumpulan ABM !

ABM kumpulan kami !

hasil untuk micro teaching !

kumpulan ustazah ain !

ustaz amirun mengajar !

ustaz syafiq mengajar !

ustazah ain mengajar !


kumpulan aku ! ustaz jamiq ! ustaz syafiq ! ustazah azza !
 ustazah  mahami  !

perbincangan !

snap !

  Berlangsung pada 27-29 Mac 2013 di Suria City hotel , Johor Bahru ! selama 3 hari 2 malam !
syok !

  1 bilik 2 orang ! aku satu bilik dengan Mar'atul Asyraf ! Julaiha dengan nad ! hehex ! boleh pilih
sendiri !

  Banyak input yang kami guru kafa dapat ! pasal ABM @ Alat Bantu Mengajar ! cara menulis jawi !
dan banyak lagi !

  Gambar2-gambar yang sempat diambil kerang masa sangat terhad ! hehex ! tapi sempat je lepak PASAR KARAT ! ronda-ronda !

  Cari coklat kat hotel sebelah ! hehex ! mahal pun kami beli je ! sebab teringin sangat !


Thursday, 21 March 2013

SYUKRAN MUHAMMAD ! :)




KALAM MUHAMMAD ~

Allah tak pernah lupa hambany kecuali hambany yg lupa akan pnciptany,,

jd dlm kita sibuk akan hal dunia jgn pernah lupa akn kwajipan kita terhadap allah,,

walo jauh mcm ne aku dgn shbt2 aku,,

doa aku sntiasa mngiringi perjalanan shbt2 ku agar aku dan shbt2 aku dpt brsatu

dan membentuk ikatan ukhuwah yg kuat dlm menegakkan agama kita,,

dan aku harap dirimu tak pernah lupa aku dlm setiap doamu,,

lailatussaidah,,'afwan 'ala kulli saiyiatii,,assalamualaikum,,


I'll always be beside you until the very end,
wiping all you tears away,
being your friend,
i'll smile when you smile & feel all the pain you do,
& if you cry a single tear,
i'll cry too.


Terima kasih MUHAMMAD ! semoga ukhwah yang kita bina berkekalan ke syurga Allah !
insyaAllah ! aamiin ! aku sayang ukhwah kita
terima kasih atas segala hal ! maaf andai tingkah laku aku tidak menyenangkan diri kau !
maafkanlah aku ! :)


ALHAMDULILLAH KASUT BARU ~

melayang ~

  Alhamdulillah ! kasut baru ! sebenarnya beli kasut untuk makan malam hari ini ! dekat
LC CATERING ! yum yum !
 
  Melayang sekeping duit berwarna ungu ! ayoyo ! terima kasih kepada mummy kerana teman
aku beli kasut kat Jusco Bukit indah !

 Cari boot semalam ! tapi xjumpa ! ada pun tak cantik ! jadi buat keputusan beli kasut ini !

 Zikir mari ! SUBHANNALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR !
 Selawat sikit ! SHOLLU 'ALAN NABI ! SHOLLALLAHU 'ALAIHI WASALAM ! :)

Thursday, 14 March 2013

TERIMA KASIH DAUN KELADI ! :)



  Terima kasih aku ucapakan kepada sesiapa yang mendoakan serta memberi ucapan kepada aku
semperna HARI JADI AKU ! terutama kepada semua keluarga aku ! sahabat-sahabat aku !
teman-teman ! serta kawan-kawan di FACEBOOK ! TWITTER ! WHATSAPP ! BLOG !
tak lupa juga pada yang wish di CHAT ! TEXT ! terima kasih banyak-banyak ! sayang korang !

  Banyak ucapan yang aq dapat ! hehex ! ilmu lagi ! antaranya :-

  • SANAH HELWA
  • HAPPY BIRTHDAY
  • SELAMAT HARI JADI
  • HAPPY BECOMING BIRTHDAY
  • HAPPY BELATED BIRTHDAY
  • HAPPY BORNDAY
  • SELAMAT HARI LAHIr
  • MASAYA KAARAWAN ! *bahasa filipina ! :) 
  • SALAMAT ! *bahasa filipina ! :)

Tuesday, 12 March 2013

♥IT'S MY BIRTHDAY♥

selamat hari lahir ke 19 tahun ! :)


  Tepat jam 12 malam ini ! umur aku genap 19 tahun ! Alhamdulillah ! umurku masih dipanjangkan
oleh Allah untuk beribadah kepada-Nya ! SubhannAllah ! doakan aku menjadi seorang muslimah
yang terbaik di antara yang terbaik ! anak yang solehah dan berguna ! isteri yang sejati ! ibu yang mithali ! InsyaAllah !

  Ya Allah semoga aku serta umat Islam yang lain tergolong dalam kalangan orang-orang yang
Engkau redhai Ya Allah ! panjangkanlah umurku serta umat Islam yang lain dalam keberkatan !
Jauhkanlah diriku dan umat Islam yang lain dalam perkara yang Engkau murkai Ya Allah !
tetapkanlah iman dan hatiku serta umat Islam dalam memperjuangkan agama-Mu Ya Allah !
luaskanlah rezekiku serta umat Islam yang lain !

  Ya Allah redhailah segala urusanku dan umat Islam sejagat ! berikanlah aku serta umat Islam
kekuatan dalam menyokong agama-Mu ! berkatilah aku dan umat Islam ! jangan Ya Allah
sekalipun Engkau meninggalkan kami tatkala kami terlupakan-Mu Ya Allah !
bantulah kami Ya Allah ! sampaikanlah salam kami kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad Sholla Allahu 'Alaihi wasalam ! sesungguhnya kami rindu kepada Baginda Sholla Allahu 'alaihi
Wasalam ! amiiiinn Ya Rabbal 'alamin !

  Orang pertama mengucapkan hari jadi kepada aku ialah ayah aku ! walaupun belum tiba waktu
lagi ! ayah post kat timeline facebook ! syukran jazilan ayah ! kerana sabar akan kerenah nakal
anakmu seorang ini ! terima kasih kerana mendidik aku sehingga menjadi seorang manusia !
maafkanlah anakmu ini jika ada sebarang kesilapan serta kesalahan ! SAYANG AYAH DAN
KELUARGA SYAHIRAH ! 


Salam. Selamat menyambut hari kielahiran. Ayah doakan agar Syahira menjadi seorangan muslimat yang bersyukur kepada Allah, sentiasa menimba ilmu, bekerja keras, anak yang solleh dan berjaya dalam kehidupan

Sunday, 10 March 2013

ALHAMDULILLAH ! KARNIVAL MAHABBAH IKIM.FM !

  SubhannAllah ! Alhamdulillah ! WalailahaillAllah ! AllahuAkbar ! segala syukur aku panjatkan kepada Allah ! dapat juga aku menjejakkan kaki aku ke KARNIVAL MAHABBAH IKIM.FM tadi ! untuk majlis penutup ! tak banyak pun gambar diambil ! adalah untuk kenangan !

  Sayu aku mendengar selawat ! Qasidah yang dialunkan ! Nasyid yang dilagukan ! sungguh hati aku tersentuh ! Ya Allah aku rindu Penghulu Segala umat ! Ya Rasulullah ! Aku rindu padamu ! SHOLA ALLAHU 'ALAIHI WASALAM ! :')

  Artis jemputan ! kumpulan nasyid Far east ! kumpulan nasyid Inteam ! kumpulan yang dijemput
khas dari MAAHAD JOHOR ! kumpulan Rusydaniah ! Alhamdulillah !

  Penceramah jemputan dari Universiti Islam Antarabangsa ! Ustaz Mahathir ! banyak pengisian
yang dapat ! antaranya adalah seperti dibawah :-



  • ikutlah cara nabi shola Allahu 'alaihi wasalam dalam segala perkara ! *baca/belajar kitab
    syamail muhammadiah ! Alhamdulillah ! 

karnival mahabbah ikimfm ! 

kumpulan Rusydaniah dari MAAHAD JOHOR ! :)
Ustaz Mahathir ! penceramah jemputan dari UIA !

gambar dari tempat duduk ! depan sekali kot ! :)

  Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar ! kesayuan hati terasa sangat ! semoga kita
menjadi golongan umat Nabi Muhammad Sholla Allahu 'alaihi wasalam di akhirat nanti ! dan
mandapat syafa'at Baginda Nabi Muhammad Sholla Allahu 'alaihi wasalam ! InsyaAllah !

SHOLLU 'ALAN NABI ! SHOLLA ALLAHU 'ALAIHI WASALAM ! :)

Friday, 8 March 2013

MAULIDURRASUL ! SHOLLU 'ALAN NABI ! :)

  Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa menyambut maulidurasul ! pukul 6.55 pagi aku sudah terpacak
kat sekolah ! terima kasih kepada Ustaz Zamri ! kalau tak ! pukul 10 tak tentu aku sudah
sampai ! aku kena jaga bahagian makanan ! Alhamdulillah ! rezeki daripada Allah ! dapatlah
makan nasi beriani ! yum yum !

  Sebelum makan ada agenda perarakan ! aku ikut ! jauh sungguh pusing ! tak pe ! sambil itu
berselawat ramai-ramai ! jadi penat tidak terasa sangat !
budak selalu kena libas ! 
  Budak selalu kena libas kat betis ! hehex ! sorry ye ! tapi sporting ! kepala gila-gila aku layankan
je ! hehex !

kumpulan kompang ! SADAE ! j
perarakan maulud ! murid-murid tahap satu !
kepanasan menanti ! 
kumpulan kompang sekolah menengah ! 
ibu-ibu ! :)
bersungguh-sungguh !
budak nasyid ini ! baju coklat ! berpaling tadah !
anak didik ! 
ustaz daniel ! berzanji dan selawat !
nasyid ! syok ! 

  Alhamdulillah ! majlis berjalan dengan lancar ! kepenatan jelas terserlah di muka guru-guru SADAE ! Semoga apa yang telah diusahakan mendapat keredahaan Allah ! insyaAllah ! shollu "alan nabi ! shola Allahu 'alaihi wasalam !


UKHWAH YANG SEDANG KAMI DIBINA !

bersama nurin ! yang pakai tudung oren uhx !

nurin dan izzah
guruku sayang ! ustazah rabeah !

amizatul ! julaiha ! najihah ! intan !

izzahku sayang !
aisyah mesri !
mar'atul asyraf dan aku !

   Ya Allah ! aku sangat sayangkan kawan-kawan ku ini ! yang ada di dalam gambar !
atau yang tiada di dalam gambar-gambar ini ! termasuk ustazah-ustazahku ! ustaz-ustazku !
guru-guruku ! dan semua yang aku kenali !dan juga mereka yang aku tidak kenali !

  Semoga ukhwah yang terjalin ini akan berterusan sampai ke syurga abadi !

  Ya Allah ! jika salah seorang daripada mereka ini sakit ! Engkau berikanlah aku rasa
seperti mana mereka rasa ! supaya aku dapat menanggung dan merasa apa yang
mereka rasa !

  Ya Allah ! jika salah seorang daripada mereka ini gembira ! ko berikanlah aku rasa
seperti mana mereka rasa ! supaya aku tidak dalam kebingungan dengan apa yang mereka
rasa !

  Ya Allah ! Engkau kekalkanlah ukhwah kami dalam keredhaan-Mu ! supaya kami
sentiasa di dalam rahmat-Mu Ya Allah ! amiinnnnn ~