![]() |
| Kek birthday AIMI SYAHIRAH RASHID. Kek AISKIRIM. SANAH HELWAH 20 DORAEMON. ='))) |
Ceritanya bermula begini, selepas kelas habis hari Rabu bersamaan 12 MAC 2014, Abam Amirul Shah ajak teman keluar dengan Abang Solah dari UMK, Kampus Jeli. Aku on je sebab nak makan sebenarnya. Dalam perjalanan Abang Solah memandu kereta Viva PJC 51-- *(tak ingat no plat sebenarnya) menghala ke Pantai Batu Rakit. Sehingga sampailah kat kedai 'Mak Cik' Amirul Shah depan kilang kayu, tetapi Amirul Shah merajuk *(da kenapa pula mamat ni?). Aku buat tak tahu sahaja.
![]() |
| Abang Mohd Solahuddin dan Abam Amirul Shah kacak. |
Banyak je gambar Amirul Shah dan Abang Solah aku ambil. Depa nak gambar lompatlah, terlentanglah, tergoleklah, aku ikutkan sahaja *(dalam handphone aku adalah dalam 20++ gambar mereka masa ni). Kalau ikutkan aku nak upload sahaja gambar mereka posing yang pelik-pelik tapi masih ada iman ni.
TIBA-TIBA.....................................................................................................................................
*(jeng jeng. suspen tak)
![]() |
| Muka selepas ditenyeh tepung oleh Natra. Aimi dan NATRA NOORIZATI BINTI HAM. *(gambar diambil oleh MARDHIAHTHI BINTI BAHARUDIN) |
Sedang aku ambil gambar Amirul Shah dan Abang Solah posing. Tiba-tiba, mukaku ditenyeh tepung gandum. Ukay fine, aku toleh belakang nampak Natra dan Mardhiahthi. Acara Tarik beg berlangsung. Aku tarik beg Natra pegang yang ada tepung gandum tu *(beg pink Natra pegang dalam gambar di atas. muka setelah ditenyeh. comel aku). Aku hanya dapat beg plastik tepung sahaja. Aku berpaling ke belakang aku lihat ada Muhammad Syukri dan Saiful Azhar di atas bukit tolong gelakkan aku *(terima kasih). Acara membalas serang bermula. Kejar Amirul Shah nak baling juga tepung kat dia. Natra kena juga tapi sikit sahaja. Sorry Syukri Jamili for that tepung kat Tab kau.
![]() |
| Acara Memotong Kek. Muka aku penuh tepung. |
Kek dipotong, ukay kek Aiskrim. Terkejut kau. Even birthday aku esoknya 13 MAC 2014, mereka sambut awal sebab hari Khamis aku tak ada di UniSZA kena pergi program di Port Dickson anjuran Raudhatus Sakinah Master Training And Consultancy, Program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ).
![]() |
| Antara yang aku SAYANG GILA. Saiful Azhar, Syukri Jamili, Amirul Shah, Natra Noorizati, Mardhiahthi, Abang Mohd Solahuddin *(tiada dalam gambar) |
Sebenarnya SPEECHLESS sangat sampai tak tahu nak cakap apa masa ini. Natra tanya apa perasaan Aimi? "SPEECHLESS". Aimi sangat hargai apa yang kamu sudah buat untuk Aimi. Bak kata Abam Amirul Shah "TAK BAIK BERDENDAM" *(nak tenyeh tepung kat muka dia juga sebenarnya).
Banyak plan tak jadi masa ni sebenarnya. So mereka follow sahaja apa yang berlaku masa ni. Itulah yang menyebabkan Amirul Shah nak merajuk bagai.
![]() |
| SAYANG SEMUA. :-* |
Kepada sesiapa yang wish birthday Aimi dekat Timeline Facebook, Wechat, Whatsapp, Sms, Twitter, call dan paling haru biru Abang Mohamad Kamis dari UTM, Skudai call malam birthday nyanyikan aku lagu Happy Birthday. Thanks you all. Aimi hargainya.
TERIMA KASIH SAHABAT AIMI SEKALIAN.
SAYANG KAMU SEMUA SANGAT. (Natra Noorizati <Bunga April>, Mardhiahthi, Amirul Shah, Saiful Azhar, Syukri Jamili, Abang Mohd Solahuddin)
SEMOGA UKHWAH YANG TERJALIN KEKAL SAMPAI BILA-BILA.
INSYAALLAH.
سبحان االله والحمد لله ولا إله إلا االه والله أكبر
اللهم صلى على سيدنا محمد
Jari menari di atas keyboard kerana nak menaip coretan ini. =))).
Yang menyayangi kamu semua,
AIMI SYAHIRAH BINTI RASHID. <3
سبحان االله والحمد لله ولا إله إلا االه والله أكبر
اللهم صلى على سيدنا محمد





